Oleh: Liyana Marzuki
ULASAN | Ramai dari kita membesar dalam keluarga UMNO/ MCA / MIC.
Walau bukan Ahli Parti, Tok Nenek Mak Pak kita pengundi Barisan Nasional. Berpuluh tahun BN memerintah dengan undi 2/3.
Mereka tanamkan ke kepala kita, inilah pakatan terbaik yang pernah ada. Undilah mereka.
Sampailah 60 tahun BN memerintah. Mereka berubah. Mereka complacent dan kuasa naik ke kepala. Rasuah melata tambah dihancurkan dengan perangai terpaling Bangsawan pula.
Dari dapat 90 peratus kerusi Parlimen tahun 2004, 2018 mereka tumbang. Hampir 4 juta pengundi Barisan Nasional beralih arah.
Mereka marahkan isu 1MDB yang dicampak bawah karpet. Mereka marah isu GST yang dilaksana lintang pukang. Mereka marah bila Rakyat tengah susah, pemimpin UMNO/ BN seperti duduk di kayangan. Ditayang harta seolah-olah tak habis 7 keturunan.
4 juta pengundi ini bukan Ahli/ Penyokong totok Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Mereka mengundi untuk tempoh percubaan.
Bolehkah Pakatan baru ini buat lebih baik dari Barisan Nasional? Kalau menjahanamkan, lagi sekali, kami akan guna kuasa di tangan. Nescaya akan kami tumbangkan.
Ini pernah berlaku di Jepun.

Parti dominan LDP yang memerintah sejak pasca perang tumbang buat kali pertama. Pembangkang naik dengan sokongan rakyat yang mahu perubahan. Tapi mereka hanya bertahan dua penggal.
Bila gagal penuhi harapan Thinking Middle, rakyat tukar semula. Bukan kerana nostalgia. Tapi kerana prestasi.
Inilah kuasa Silent Majority. Mereka beri peluang dan mereka juga yang tarik semula mandat.
Tumbang dan bangun suatu parti puncanya bukan mereka yang menjadi penyokong/ Ahli parti. Yang bising tak terperi.
Ini kuasa the SILENT MAJORITY. The Thinking Middle, yang mengundi untuk Negara dan masa depan anak2 kami. Kami tiada kesetiaan kepada parti.
Siapa the THINKING MIDDLE? Golongan teknokrat pekerja swasta & GLC / Golongan birokrat, penjawat awam pengurusan & profesional. Termasuk Cikgu, Doktor, Jurutera dan Lawyer / Golongan akademia di Menara Gading / Golongan usahawan SME hingga T20.
Mereka inilah blok yang paling berkuasa. Mereka mencorak keputusan pilihanraya. Dan yang paling penting mereka ini muhibah ya. Dari pelbagai kaum dan agama.

Saya mengikuti PAU minggu ini. Setiap ucapan yang dibuat sasarannya bukan untuk the THINKING MIDDLE. Lebih kepada orang parti sendiri. PREACHING TO THE CHOIR again and again.
THINKING MIDDLE sudah bosan dengan ratib politik perkauman dan agama. Terpaling kanan vs Terpaling kiri buat pecah dan perintah. Sudah-sudah lah.
THINKING MIDDLE selari pemikiran dengan Istana/ Yam Tuan Besar. Yang hampa dok sokong lagi perasuah dan PM salah guna kuasa untuk apa? Mengaku ditipu orang muda pula sampai merugikan negara.
At the rate they are going. PRU16 nanti susah BN nak berkuasa kembali. Sama ada dengan PH atau PN, BN masih akan jadi parti pendamping.
Politik mungkin boleh dimenangi oleh puak yang paling bising. Namun, pilihanraya dimenangi oleh yang paling berfikir.
***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial








