ALOR SETAR: Ujian saringan diagnostik khas akan diperkenalkan bagi menilai kelayakan kanak-kanak untuk memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata hanya kanak-kanak yang memenuhi kriteria ditetapkan dan lulus ujian diagnostik berkenaan akan dipertimbangkan untuk kemasukan awal itu.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu mendaftarkan anak masing-masing bagi menduduki ujian saringan tersebut, dengan maklumat lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan kelak.
Beliau menegaskan bahawa kemasukan ke Tahun Satu pada usia enam tahun adalah bersifat pilihan dan tidak diwajibkan kepada semua ibu bapa, seperti dipetik oleh Berita Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, tambahnya kementerian telah menjalankan kajian dan mendapati bilangan guru, sekolah serta kemudahan sedia ada mencukupi untuk menampung pendaftaran kanak-kanak berusia enam tahun di sekolah terpilih.
Tambahnya, pelaksanaan inisiatif itu hanya akan melibatkan sekolah yang mempunyai kemudahan dan sokongan mencukupi bagi menerima murid tambahan, selaras dengan pendekatan pilihan dan bukan mandatori.
Baca juga:








