Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Tiga individu melibatkan dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seorang orang awam bakal didakwa dengan empat pertuduhan berkaitan rasuah tender perolehan ATM.
Menerusi kenyataan media pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, individu-individu berkenaan adalah bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Hafizuddiean Jantan serta isterinya, Salwani Anuar.
SPRM memaklumkan pihaknya telah memperoleh izin untuk mendakwa mereka dengan empat pertuduhan setiap seorang di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) di pada Khamis esok di Mahkamah Khas Rasuah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Hafizuddiean turut bakal dengan dua lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama pada Jumaat, 23 Januari 2026 di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, Selangor.
Manakala, Salwani binti Anuar juga akan didakwa dengan satu lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama pada Isnin, 26 Januari 2026 di di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu.
Selain itu, SPRM juga telah memperoleh izin mendakwa terhadap bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam pada Jumaat 23 Januari di Mahkamah Khas Rasuah, Kuala Lumpur.
Katanya, Mohd Nizam akan didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
“SPRM juga ingin memaklumkan bahawa siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
“SPRM menegaskan komitmen berterusan Suruhanjaya ini dalam memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa sebarang kompromi selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.
Baca juga:








