Oleh: Tyah Helmi
MAETRO dan penyanyi legenda negara, Datuk M Nasir bakal menusuk kalbu dan bergabung di Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih yang dijadual berlangsung pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kolaborasi yang bakal membuat khalayak menatap dalam khusyuk itu diumumkan oleh Icon Entertainment selaku penganjur utama menerusi kenyataan media pada Jumaat.
“Nantikan..
“ICON Entertainment dengan bangganya membawakan Datuk M Nasir dalam konsert bertarikh di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Kita jumpa di sana… wahai Nur Kasih,” katanya.
Menerusi gabungan yang versatil itu, Inteam bersama M Nasir akan mengalunkan suara mereka sehingga mengembalikan satu perasaan insaf dan luar biasa terhadap insan yang paling disayangi.

Sebelum ini, ICON Entertainment turut mengumumkan dua kejutan buat khalayak ramai apabila terdapat dua kemunculan lagi artis jemputan iaitu penyanyi ikonik dan terkenal, Zizi Kirana bersama penyanyi nasyid negara, Nazrey Johani, yang juga bekas anggota kumpulan Raihan, disahkan bakal tampil sebagai penyanyi undangan khas dalam Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih.
Difahamkan, konsert yang dianjurkan oleh Icon Entertainment itu dijangka menjadi antara acara nasyid terbesar di Malaysia pada awal tahun ini, sekali gus menghimpunkan ribuan peminat bagi meraikan perjalanan seni Inteam selama lebih dua dekad dalam industri muzik tempatan.
Justeru, kepada para peminat dan pendengar setia lunakan suara kesemua artis masih berpeluang untuk mendapat tiket ke konsert itu menerusi laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih .
Baca juga:








