MCMC Sahkan Sekatan Grok Ditarik Balik

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sekatan akses sementara terhadap aplikasi Grok di platform X telah ditarik balik berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat susulan pengesahan pihak platform berkenaan bahawa langkah pencegahan dan keselamatan tambahan telah dilaksanakan.

Menurut MCMC, satu mesyuarat telah diadakan kelmarin melibatkan Kementerian Komunikasi, MCMC dan wakil platform X bagi mendapatkan penjelasan serta komitmen berhubung pematuhan undang-undang Malaysia dan pelaksanaan langkah keselamatan berkaitan aplikasi Grok.

“Dalam mesyuarat itu, pihak platform X mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok.

“Selepas meneliti penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, MCMC telah menarik balik sekatan akses sementara yang dikenakan terhadap aplikasi Grok, tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC menegaskan keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan pihaknya.

Menurutnya, sebarang kegagalan mematuhi atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan diambil tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat