Oleh: Tyah Helmi
MALAM hujung minggu di Kuala Lumpur bakal menjadi malam magis apabila satu Konsert yang bertemakan “Empat Suara, Sejuta Rasa duka iaitu Malam Simfoni Luka sedia menyajikan pengalaman muzik yang menyentuh kalbu buat pecinta hiburan tanah air dan nusantara.
Menerusi kenyataan media penganjur, Icon Entertainment, pihaknya berjaya menyatukan empat kumpulan ternama yang bakal berkongsi pentas, iaitu For Revenge dari Indonesia serta tiga wakil tempatan, Insomniacks, Midnight Fusic dan Bluntsheep di Malam Simfoni Luka.
“Malam simfoni luka yang menyajikan , Empat Suara, Sejuta Rasa Duka.
“Akan melepaskan segala sesak di dada dengan penampilan 4 kumpulan ternama nusantara iaitu For Revenge, Insomniacks, Midnight Fusic, dan Bluntsheep.
“Hafal liriknya, siapkan mentalnya. Kita bakal menyanyi hingga serak, menangis dalam sorak, dan meraikan luka bersama-sama,” katanya.
Konsert yang sebelum ini ditetapkan berada di Mega Star Arena telah berpindah lokasi ke Zepp Kuala Lumpur itu akan membuka penebusan gelang tangan atau ‘wristband bermula jam 4.30 petang, diikuti pembukaan pintu pada jam 6.30 petang, sebelum persembahan bermula sekitar jam 7.30 malam.

Difahamkan, penyatuan oleh For Revenge yang terkenal dengan alunan post-hardcore penuh makna, digandingkan dengan pesona pop moden Insomniacks serta nuansa dreamy Midnight Fusic, dijangka mencetuskan getaran emosi yang mendalam.
Manakala, Bluntsheep pula melengkapkan malam dengan sentuhan muzik alternatif yang jujur dan dekat dengan jiwa pendengar muda.
Lebih daripada sekadar rangkaian lagu hits, Malam Simfoni Luka menjanjikan pengalaman sonik luar biasa menerusi susunan muzik live yang digubah semula secara eksklusif, pencahayaan sinematik yang dramatik serta paparan visual khas yang menyatu dengan setiap emosi lagu.
Sebelum ini, perang tiket telah menyaksikan pertembungan empat nama besar ini telah mula dijual sejak 14 November lalu menerusi laman rasmi www.ticket2u.com.my.
Baca juga:








