SPR: Peratusan keluar mengundi PRK Kinabatangan, DUN Lamag agak rendah berbanding PRN

KINABATANGAN: Peratusan keluar mengundi buat Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berada di 43.23 peratus, manakala Lamag pula adalah sebanyak 44.50 peratus setakat 1 petang pada Sabtu.

Menerusi kenyataan media di laman rasmi Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 20,873 daripada 48,282 orang di PRK Kinabatangan yang melibatkan tiga DUN iaitu Kuamut, Lamag dan Sukau yang dicatatkan telah hadir membuang undi di kawasan masing-masing.

Dalam kenyataan yang sama, DUN Lamag pula mencatatkan sebanyak 6,014 daripada 13,515 orang pada pukul 1 petang hari yang sama yang melibatkan 6 daerah iaitu, Buang Sayang, Bukit Garam, Lamag, Balat, Kota Kinabatangan dan Usaha Jaya.

Pada masa yang sama, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, rekod bagi peratusan yang keluar sedikit rendah untuk DUN Lamag berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

“Jumlah peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Kinabangan adalah 33 peratus, di DUN Lamag 30 peratus berbanding PRN, 37 peratus.

“Kalau kita tengok pada keadaan tersebut, keadaan keluar mengundi agak rendah berbanding PRN. Jadi, saya berharap pengundi dapat keluar mengundi seramai mungkin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam, Lamag, Sabah pada Sabtu.

Beliau meramalkan kekurangan pengundi adalah disebabkan tempoh mengundi pada PRN lalu terlalu dekat atau baru lagi.

“Satu, kalau kita tengok, kebiasaannya PRK memang begitu ataupun mungkin juga saya mengandaikan kerana PRN terlalu dekat. Mungkin ada pengundi yang berada di luar mungkin tak balik.

“Tapi kita masih lagi berharap supaya pengundi mengambil kesempatan pada setelah petang untuk keluar mengundi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pertandingan PRK Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam,

Manakala, bagi DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Ismail Ayob (BN) bersama calon Warisan Mazliwati Abdul Malek.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat