Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Pendirian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa rasuah dan salah guna kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan ancaman keselamatan negara adalah pandangan jujur.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata negara perlu jujur mengakui bahawa masalah sebenar bukan kekurangan undang-undang, tetapi budaya kuasa yang terlalu lama tidak dicabar.
“ATM tidak rosak kerana dikritik., ATM rosak jika terlalu lama tidak dibenarkan ditegur.
“Menghukum individu yang bersalah adalah perlu, tetapi tidak mencukupi. Tanpa reformasi budaya, krisis integriti akan berulang dengan wajah berbeza,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Justeru, beliau menggesa agar ATM menjadikan doktrin keberanian morak sebagai prinsip rasmi.
“Iaitu dengan Penubuhan Ombudsman Tentera bebas di bawah Parlimen, perlindungan penuh kepada pemberi maklumat, penggunaan AI untuk mengesan pemusatan kuasa, bukan sekadar perolehan.
“Membela ATM bukan bermakna menutup salah, membela ATM ialah memastikan ia kekal bersih, dihormati dan berdaulat,” katanya.
Terdahulu, ATM terpalit dengan kes rasuah membabitkan pegawai peringkat tertinggi dan kini dalam proses pendakwaan di mahkamah.
Baca juga:






