Ahmad Farhan Mula Ziarah MADANI Sempena Tahun Baharu Cina Di Kuantan

KUANTAN: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi memulakan siri Ziarah MADANI bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan mengunjungi kediaman seorang penerima bantuan eKasih di Bukit Setongkol, di sini.

Dalam lawatan tersebut, beliau menyantuni Goah Ah Fi atau Goh Ah Tee, sebagai usaha mendekati rakyat tanpa mengira latar belakang mahupun perayaan.

Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban penerima, sekali gus menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

Menurutnya, inisiatif itu membawa mesej kebersamaan dan semangat inklusif yang menjadi teras Malaysia MADANI.

“Apa yang lebih utama ialah sokongan moral dan semangat kebersamaan agar tiada siapa berasa terpinggir dalam kemeriahan perayaan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Program Ziarah MADANI merupakan antara pendekatan kerajaan dalam memperkukuh nilai ihsan serta keharmonian masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

Anda Mungkin Berminat