Hal Ehwal Islam: Agong terima menghadap Menteri Agama

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, menerusi pertemuan itu Seri Paduka Baginda diperkenankan untuk dimaklumkan mengenai pelbagai perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, termasuk pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan,” katanya.

Turut hadir dalam sesi menghadap itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, serta Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat