PARLIMEN | Liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di seluruh negara mencatatkan peningkatan ketara apabila mencapai 99.71 peratus setakat 31 Disember 2025, berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pencapaian tersebut membuktikan komitmen berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperluas akses internet secara inklusif, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurut beliau, kerajaan menyedari kepentingan akses internet berkualiti bukan sahaja sebagai pemangkin kepada sektor pendidikan dan ekonomi, malah sebagai medium untuk membuka lebih banyak peluang serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
“Kerajaan melalui MCMC akan terus komited memperkukuh infrastruktur digital negara bagi memastikan akses internet yang lebih meluas dan inklusif dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan Pelan JENDELA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya.
Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan bahawa kerajaan menggalakkan syarikat telekomunikasi berkongsi infrastruktur rangkaian bagi mempercepatkan peluasan liputan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Baca juga:








