Tayang foto separuh bogel, bekas tunang Lucinta Luna kini pelakon porno?

Bekas pasangan pempengaruh Indonesia, Lucinta Luna, Artem Boltian atau Alan katakan mula melibatkan diri sebagai pelakon filem dewasa atau bintang porno.

Tidak hanya itu, Boltian turut didakwa menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Perkara itu dilihat selepas Boltian memuat naik foto dirinya bersama beberapa pelakon lucah di X yang memperlihatkan dia dan dua pelakon lain hanya mengenakan seluar dalam berwarna putih dengan kenyataan perkhidmatan seks.

Malah, pengguna media sosial juga menjangka jejeka asal Ukraine itu bukanlah seorang anggota tentera seperti yang didakwa sebelum ini.

“Tak hairan kalau dia boleh bercinta dengan Luna.

“Katanya askar, tapi ini askarnya di ranjang (katil).

“Begitu rupanya kelakuannya,” kata pengguna media sosial.

Untuk rekod, Lucinta Luna merupakan trangender wanita dengan nama sebenar Muhammad Fatah.

Pada Jun lalu Lucinta Luna mengingat tali pertunangan dengan Boltian di Bali, Indonesia dan kemudian hubungan itu putus sekitar beberapa bulan kemudian. – Agensi

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat