Kerajaan salur bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir Kedah

POKOK SENA: Kerajaan MADANI meneruskan komitmen membantu rakyat dengan menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir sebagai langkah segera meringankan beban yang dihadapi.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, diiringi Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Zepri .

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah, Saad Baderulhisham.

“Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban 338 penduduk yang terkesan banjir dan memberi mereka sedikit kelegaan dalam menghadapi situasi sukar,” kata Saifuddin.

Majlis pemberian bantuan itu diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU JPM) dengan kerjasama Pejabat Daerah serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kerajaan sentiasa menekankan nilai ihsan dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, terutama ketika mereka menghadapi bencana,” tambahnya.

Bantuan Wang Ihsan merupakan sebahagian daripada langkah proaktif Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan bencana sentiasa terpelihara.

Majlis ini turut menjadi platform bagi pihak berkuasa dan komuniti untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk terkesan serta memahami keperluan mereka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat