Anwar Junjung Kasih, Sembah Maklum Isu Negeri Kepada Sultan Selangor

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, menerima beliau menghadap bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan negeri Selangor.

Dalam kenyataan penuh hormat, Perdana Menteri menyembah maklum isu-isu semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Beliau turut menzahirkan doa agar kesejahteraan dan kedaulatan institusi diraja terus terpelihara.

“Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan menerima patik menghadap.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan negeri Selangor.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku!” katanya.

Anda Mungkin Berminat