Oleh: Liyana Marzuki
ULASAN | Isu binaan haram ini dah berpuluh tahun. Di Kedah pun nak selesai, awalnya Menteri Besar Sanusi robohkan kuil yang ada. Dapat ‘backlash’ dari MIC.
Alih-alih kemudian dia tetap bagi tanah rizab. Dia sendiri sahkan lapan tapak kuil dia ganti.
Saya pun dah tulis panjang. Ramai antara kita sokong tindakan ikut undang-undang.
Isunya kenapa sekarang demonstrasi pulun dibuat? Di Kuala Lumpur sahaja dan seperti hanya Kerajaan Persekutuan yang buat hal? Walhal isu ini kebanyakan Negeri pun ada. Di SG4 pun sama.
Walau ada aktivis yang rasional, ada juga di kalangan mereka ini guna ‘rage bait’. Ada mainkan isu perkauman melampau.
Saya tengok seperti ada ops tersusun di media sosial. ‘Troll farms and cytro overtime’ buat adu domba dan melaga-laga antara agama. Seolah-olah ada ‘war room’ yang mengawal mereka.
Tambah pula hari demonstrasi sama dengan hari Perdana Menteri India kunjungi Malaysia. Adakah ini ‘coincident?’
Mana salah kita bantah, tapi kita tak nak isu ini dimanipulasi. Dipolitikkan berlebihan bagi mereka yang nak ambil kesempatan. Mungkin ada aktivitis yang ikhlas. Berjuang untuk Rakyat.
Tapi macam pengalaman kita sebelum ini, isu sensitif dekat dengan Rakyat ini biasanya ada yang akan ‘hijack’. Orang politik dan penyokong mereka akan ambil peluang.
Kalau begini caranya sentimen kaum dan agama di ‘hijack’ dan diguna. Tunjukkan PRU dah nak dekat.
Ingat dulu PRU15, macam mana Tiktok dibanjirkan dengan cerita 13 Mei. Undi 18 di ‘brainwashed’ dengan “pertumpahan darah” dan “perang jihad”.
Sekarang, dah mula nampak momentum itu di media sosial. ‘Gear up people, roller coaster rides ahead’.
Selalu tanamkan dalam minda dan jiwa. Setia kita kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti atau pemimpin berhala.

Terpaling kanan atau kiri
Paling Kanan: “Mana ada pernah kuil dirobohkan. Kalau ada pun yang binaan baru. Binaan lama depa tak sentuh. Walhal ada je Kuil 101 tahun pun DBKL pernah robohkan. Kalau statusnya tidak sah.
Paling Kiri: “Kuil sahaja mereka roboh. Surau/ Masjid mereka tak sentuh. Walhal ada je surau/ masjid mereka robohkan. Termasuk lah di Kelantan.
Jangan beri laluan terpaling kiri dan terpaling kanan mengadu domba kita. Golongan centrist dan moderate perlu bersuara. Ini isu pematuhan undang-undang, bukan isu agama.
Surau dan Masjid dirobohkan sejak berpuluh tahun dahulu. Tiada satu PM pun maksum. Hatta ketika Kerajaan 33 bulan pun sama. Ada je masjid dan surau dirobohkan.
Kita kena tekankan, bila masjid atau kuil dirobohkan, bukan sebab status agamanya. Tetapi status binaan. Kalau tak patuh undang-wajar wajar kena tindakan.
Namun kita kena faham. Sebagaimana kita sedih dan hampa, bila mana surau atau masjid diroboh, sama sahaja mereka yang lain juga. Ada aspek sentimental bila menyentuh bab agama.
Tempat ibadah bukan sekadar bangunan. Ia tempat kenangan, doa dan kehidupan masyarakat.
Makanya, isu ini kena berpada. Elakkan cuba semarakkan api sekam yang ada. Jangan sampai jadi sengketa agama.
Nak kurang emosi, kena ubah cara kita melihat perkara ini. Ini bukan isu agama. Ini isu undang-undang.
Malaysia ini Negara berkanun. Dalam undang-undang “no one is above the law”.
Masjid, Tokong, Kuil atau Gereja kalau tak patuh undang2 akan kena nasib yang sama. Dirobohkan jua.
Maka, bila ada isu agama, jangan biar emosi mengawal kita. Kena selalu rujuk akal di kepala.
Negara ini berdiri atas undang-undang, bukan emosi. Bila undang-undang dihormati, semua agama akan dilindungi.

Isu kuil haram bukan di Malaysia je jadi isu. Di India juga.
Tahun 2024, Hakim Mahkamah Tinggi di Gujarat India sound setepek. “Bina Kuil salah satu cara nak ambil tanah awam”. Dia tolak permohonan masyarakat setempat yang bantah kuil dirampas untuk pembinaan jalan.
Ini di India ya, bukan Malaysia.
Tu sebab saya dah berapa kali sarankan, Kerajaan dah patut adakan undang-undang khas, kawal selia pembinaan rumah ibadat. Di Penang ada Hindu Endowment Board, mana-mana pembinaan kuil kena ada kebenaran lembaga yang kawal selia dan kena patuh undang-undang setempat.
Ini bukan soal agama mana-mana. Ini soal pengurusan tanah awam dan undang-undang.
Nak selesaikan isu ni kena cepat. Jangan sampai the ULTRAs jadikan modal.
Ultra kiri akan guna untuk minta simpati rakyat. “Kerajaan kejam, nak musnahkan rumah ibadat”
Ultra kanan akan kata ini tunjukkan Islam terancam, “pendatang naik tocang”.
Kena hati-hati ya. Selepas insiden 13 Mei, majoriti isu jadi insiden kaum, bukan Melayu vs Cina. Peristiwa Kampung Medan & Kampung Rawa, peristiwa Arwah Adib. Antara siapa? Ia antara komuniti yang berbeza.
Itu sebab bila bab isu antara agama, berhati-hati lah. Jangan isu agama terlampau dipolitikkan. Untuk pecah dan perintah kita.
Cara mereka, sebab kes satu dua, mereka salahkan seluruh kaum dan agama. Habis mereka mainkan politik kebencian. Kaum vs Kaum. Agama vs Agama. Dan kalau tak dikawal, merbahaya.
Kerajaan perlu bertindak segera. Selesaikan isu ini yang tertunggak berpuluh tahun lamanya. Jangan biarkan ada tangan-tangan ghaib yang menunggang.
Negara tak meranap kerana kita berbeza fahaman agama. Selalunya, suatu negara meranap dan timbul sengketa agama adalah kerana politik kuasa.
Maka, wajib kita buka mata.
***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial








