Puasa Benteng Diri, Ramadan Subur Ihsan Dan Perpaduan – Anwar

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Surau Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sambil menghayati khutbah bertajuk ‘Puasa Itu Perisai’ dalam suasana penuh tertib dan khusyuk.

Khutbah tersebut menekankan bahawa ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi menjadi ruang pendidikan rohani untuk membentuk peribadi yang lebih baik.

“Khutbah yang disampaikan mengingatkan kita bahawa ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi merupakan madrasah tarbiah yang membentuk disiplin diri, memurnikan akhlak serta membentengi diri daripada perbuatan dosa,” katanya.

Beliau berkata, Ramadan wajar dimanfaatkan untuk memperkukuh perpaduan dan nilai ihsan dalam masyarakat.

“Semoga segala amalan kita diterima dan Ramadan ini terus menyuburkan nilai ihsan, kesederhanaan serta perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Selesai solat, Anwar meluangkan masa bersalaman, bertegur sapa dan bergambar bersama jemaah sebelum beredar bagi meneruskan tugasan rasmi.

Anda Mungkin Berminat