‘Masanya sudah tiba’: Gambar Facebook cetus spekulasi kedudukan Muhyiddin

PETALING JAYA: Ketegangan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin memuncak apabila halaman Facebook rasmi parti menampilkan gambar baru menuntut presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meletak jawatan.

Perubahan ‘cover photo’ itu dibuat lewat malam tadi dan disertai kapsyen bertulis “masanya sudah tiba”. Sehingga jam 1 tengah hari, lebih 9,700 pengguna memberi reaksi, manakala lebih 2,200 komen direkodkan dan pos itu dikongsi lebih 761 kali.

Setakat ini, tiada sebarang penjelasan rasmi daripada parti mengenai perubahan kontroversi itu.

Keputusan ini muncul sehari selepas Bersatu digegarkan dengan penggantungan 16 pemimpin parti, termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin, tiga Ahli Parlimen lain, dua Adun serta 10 ketua bahagian.

Krisis dalaman itu dijangka berterusan apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu khas dijadual berlangsung di kediaman presiden pada pukul 10 pagi tadi.

Perubahan ‘cover Facebook’ dan tindakan penggantungan pemimpin menunjukkan Bersatu kini dilanda perpecahan yang jelas, mengikis imej parti sebagai blok politik bersatu dan menimbulkan spekulasi lebih lanjut mengenai kedudukan Muhyiddin sebagai presiden.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat