PUTRAJAYA: Inisiatif memaparkan nombor lot dan senarai menu jualan bagi setiap gerai di Bazar Ramadan Putrajaya meraih pujian ramai apabila ia dilihat memudahkan pengunjung merancang pembelian lebih awal.
Menerusi paparan info yang disediakan, pengunjung boleh menyemak lokasi gerai serta jenis makanan dan minuman yang ditawarkan sebelum membuat keputusan untuk membeli. Difahamkan, bazar berkenaan menempatkan sebanyak 293 gerai yang menawarkan pelbagai juadah.
Menerusi perkongsian netizen, @malayapulse menyifatkan sistem tersebut sebagai langkah proaktif yang bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengurangkan kesesakan di laluan bazar.
“Pembeli boleh fikir dulu nak beli apa dan terus ke gerai yang dituju. Tak perlu pusing lama,” tulisnya.
Selain melancarkan pergerakan pengunjung, sistem berkenaan turut membantu mempercepatkan aliran ‘foot traffic’ sekali gus menjadikan suasana bazar lebih teratur dan selesa.
Tambahnya lagi, ramai berharap agar ia dapat diperluaskan ke bazar Ramadan lain di seluruh negara bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah sepanjang bulan puasa.
Inisiatif itu disifatkan sebagai satu penambahbaikan yang wajar dicontohi penganjur bazar lain pada masa akan datang.
Baca juga:








