BKK 2026 RM500 Dibayar 13 Mac, Ringankan Beban Penjawat Awam

PETALING JAYA: Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 berjumlah RM500 kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan disalurkan pada 13 Mac ini.

Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara dalam membuat persiapan menjelang perayaan.

Menerusi surat edaran yang dimuat naik di laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini, bayaran RM500 akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Gred 15 dan ke bawah atau setara. Ia merangkumi pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak termasuk Contract of Service (COS) serta Pekerja Sambilan Harian.

Selain itu, pegawai yang sedang bercuti bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji turut layak menerima bantuan berkenaan.

BKK turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

Menurut kenyataan itu, pemberian bantuan berkenaan dikecualikan daripada cukai pendapatan dan akan ditanggung oleh jabatan tempat pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran dibuat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat