Lima anggota keluarga rentung dalam kebakaran di Raub

PETALING JAYA: Menyayat hati apabila lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub Perak pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu jam 3.35 pagi tadi.

Sejurus pemadaman selesai kita menemui semua mangsa di lokasi kejadian,” katanya.

Jelas beliau, semua mayat berkenaan akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.

Dalam kenyataan yang berlainan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pihaknya telah tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.48 pagi tadi.

Difahamkan, kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain turut membabitkan tiga kereta dan tiga motosikal yang turut terbakar.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki menggunakan sumber air daripada tangki pam jentera bomba,” katanya.

Beliau berkata, sembilan anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Raub terbabit dalam operasi itu, dengan bantuan lima anggota serta satu FRT dari BBP Lipis.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat