Polis tunggu arahan selanjutnya isu pelajar UMPSA disyaki hina Islam

KUANTAN: Kertas siasatan kes seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) disyaki menghina Islam telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata suspek juga masih dalam tahanan reman.

“Jadi, kita menunggu arahan lanjut,” katanya, memetik laporan berita tempatan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan setakat malam tadi, pihaknya sudah menerima 28 laporan polis di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

“Saya mohon kepada masyarakat untuk menunggu tindakan selanjutnya.

“Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dalam kes ini,” katanya sambil memaklumkan bahawa suspek memberikan kerjasama baik sepanjang proses siasatan dijalankan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat