Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin kini didakwa sedang menghadapi krisis kehilangan kuasa dalam struktur kepimpinan parti di Bersatu.
Menurut Ketua Penerangan Parti Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, majoriti kepimpinan parti khususnya di dalam SRIKANDI Bersatu Malaysia menunjukkan ramai yang tidak memberikan sokongan terhadap Mas Ermieyati.
“Mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinannya.
“Segala kenyataan dan tindakannya tidak mendapat endorsement, persetujuan serta sokongan Exco Srikandi Malaysia mahupun majoriti Ketua-ketua Srikandi Negeri, katanya di Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan sebarang kenyataan selepas ini hanya bersifat peribadi dan tidak lagi mewakili pendirian rasmi parti.
“Apa sahaja kenyataan selepas ini tidak lagi membawa mandat organisasi. Ia hanyalah pandangan peribadi,” tambah beliau.
Difahamkan, dalam satu pertemuan tertutup, Mas Ermieyati turut didesak supaya melepaskan jawatan susulan krisis yang semakin memuncak.
“Apabila legitimasi sudah tiada dan sokongan telah ditarik, kedudukan itu ibarat tidak lagi mempunyai nilai dalam organisasi,” jelasnya.
Setakat ini, tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh pihak PAS mahupun Mas Ermieyati berhubung dakwaan tersebut.
Sebelum ini, media memaklumkan, seramai 30 pemimpin Srikandi BERSATU secara kolektif menyatakan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua sayap itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Mereka adalah 19 EXCO Srikandi BERSATU, sembilan Ketua Srikandi Negeri dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sayap itu.
Menurut kenyataan bersama semalam, keputusan itu dibuat susulan perkembangan semasa yang menunjukkan wujud kenyataan dan tindakan didakwa tidak selaras dengan Perlembagaan parti serta prinsip disiplin organisasi yang wajib dipatuhi oleh setiap pimpinan.
Malah, menurut kenyataan itu, kenyataan dan tindakan Mas Ermieyati didakwa tidak melalui musyawarah serta mandat platform organisasi sayap Srikandi.
Baca juga:







