PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL–DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL–JED) pada 27 Februari telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dialihkan ke Chennai.
Menerusi kenyataan syarikat penerbangan itu pada Sabtu, keputusan tersebut diambil setelah menerima makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara.
Langkah itu diambil mengikut protokol penukaran laluan di kawasan konflik yang telah ditetapkan.
Difahamkan, kedua-dua penerbangan tersebut telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL). Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan penyusunan penerbangan alternatif dan penginapan hotel jika diperlukan.
“Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya.
MAS turut menyatakan bahawa situasi ini terus dipantau dengan teliti dan semua langkah yang perlu akan diambil bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi.
Keselamatan penumpang dan kru penerbangan kekal sebagai keutamaan utama.
Baca juga:








