Anwar Ucap Takziah kepada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Atas Pemergian Ibunya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan takziah kepada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berikutan pemergian ibunya, Allahyarhamah Rashida Bibi Noor Mohamad.

Dalam kenyataan beliau, Perdana Menteri mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang yang beriman.

“Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kekuatan dan ketenangan kepada Tan Sri Salim serta seluruh keluarga besar dalam menghadapi ujian yang berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Anwar turut menzahirkan penghormatan dan doa agar seluruh keluarga tabah menghadapi kehilangan yang mendalam.

Anda Mungkin Berminat