Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kini dilantik menjadi Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa pada 4 Mac.
Menerusi kenyataan ringkas di laman rasmi Instagram Anwar Ibrahim pada Rabu, beliau bersetuju melantik Tengku Zafrul sebagai penasihat kanan politiknya bagi tempoh selama dua tahun.
“Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatanSetiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat
melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya.
Pelantikan Tengku Zafrul itu bagi mengisi kekosongan oleh penyandang terdahulu iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri pada bulan November tahun lalu.
Sebelum ini, Tengku Zafrul memaklumkan beliau menamatkan tugas di sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 2 Disember tahun lalu.







