CUCKOO jadi rakan strategik Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR: CUCKOO International (MAL) Berhad mengumumkan pelantikannya sebagai Rakan Strategik bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata syarikat itu terus komited meningkatkan taraf hidup dengan mengintegrasikan elemen kesejahteraan dalam setiap kediaman.

“Misi kami selama ini ialah meningkatkan taraf hidup dengan mengintegrasikan kesejahteraan ke dalam setiap kediaman.

“Dengan menyelaraskan pertumbuhan syarikat bersama agenda nasional seperti Tahun Melawat Malaysia 2026, kami dapat memperluas impak kepada masyarakat secara lebih menyeluruh,” katanya.

Syarikat turut bekerjasama dengan kolektif kreatif tempatan Loka Made bagi menghasilkan reka bentuk khas yang menghiasi stesen air CUCKOO di Terminal 1 dan Terminal 2 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Reka bentuk tersebut memaparkan elemen warisan Malaysia seperti hidupan liar, budaya makanan, mercu tanda ikonik, kraf tradisional dan buah-buahan tropika bagi memberikan pengalaman visual kepada pelancong yang tiba di negara ini.

Dalam masa sama, CUCKOO Malaysia turut memperluas pemasangan stesen air di KLIA dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), melibatkan sebanyak 96 stesen air di Terminal 1 dan Terminal 2 bagi memudahkan penumpang mendapatkan air minuman bersih serta mengurangkan penggunaan botol plastik sekali guna.

Majlis itu turut menyaksikan kesinambungan kerjasama syarikat dengan biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Phei Yong sebagai duta jenama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat