Petugas NADI Terima Insentif Khas RM1,000 Sempena Aidilfitri

fahmi fadzil

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian insentif khas sekali beri sebanyak RM1,000 kepada 2,196 petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, insentif itu melibatkan pengurus dan penolong pengurus di 1,098 pusat NADI yang berada di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Menurutnya, pemberian itu merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap komitmen petugas NADI yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkaitan inisiatif komunikasi kerajaan serta memperkasa literasi digital dalam kalangan masyarakat.


“Ini kali pertama dalam sejarah NADI dan MCMC, petugas menerima insentif sempena Aidilfitri.

“Kita umumkan bahawa semua pengurus akan menerima RM1,000 seorang sebagai penghargaan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Anda Mungkin Berminat