Anwar hadir solat jenazah Naquib al-Attas di TTDI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sero Anwar Ibrahim hari ini menyertai jemaah menunaikan solat jenazah tokoh ilmuwan dan pemikir agung peradaban Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar berkata pemergian Allahyarham yang juga seorang Profesor Diraja dan sarjana tersohor merupakan kehilangan besar kepada dunia keilmuan.

“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat dunia kerana telah menabur bakti besar dalam memartabatkan tradisi ilmu, adab dan tamadun Islam.

“Sesungguhnya jasa dan sumbangan Allahyarham akan terus dikenang dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi ilmuwan serta umat Islam dalam meneruskan tradisi keilmuan yang berteraskan hikmah dan nilai,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Anwar turut memaklumkan kerajaan akan berbincang dengan keluarga Allahyarham bagi menamakan perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas di ISTAC sebagai gedung khas atas nama tokoh berkenaan sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam bidang pendidikan.

Allahyarham yang dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada Oktober 2024 oleh Sultan Ibrahim, menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tengah hari tadi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat