Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah keluarkan kenyataan cetus kegentaran awam

KUALA LUMPUR: Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berkaitan satu perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara bulan lalu.

Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Zamri Vinoth membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.

“Tidak bersalah,” katanya yang dilihat tenang dan memakai kot berwarna biru ketika berada di kandang tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, aktivis berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam sehingga boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat