Go KL Tambah Laluan Percuma ke Hospital Rehabilitasi Cheras Mulai 1 April


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, hari ini mengumumkan perkhidmatan bas Go KL percuma akan diperluaskan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bermula 1 April 2026.

Beliau berkata langkah ini bertujuan memudahkan akses pesakit, terutamanya warga emas dan mereka yang menghadapi masalah mobiliti.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah hentian baru di kawasan hospital bagi laluan GOKL11, yang menghubungkan MRT Maluri dan Bandar Tun Razak.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses pengangkutan awam untuk pesakit dan warga yang menerima rawatan di hospital ini,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Hospital Rehabilitasi Cheras adalah satu-satunya hospital rehabilitasi khusus di Kuala Lumpur, menyediakan perkhidmatan pemulihan untuk pesakit strok, cedera dan penyakit kronik.

Menurut Hannah, sambungan bas ini dijangka dapat menarik lebih ramai pesakit ke hospital, yang kini beroperasi sekitar 60 peratus kapasiti.

“Program lain yang akan diperkenalkan termasuk Program Kesejahteraan Geriatrik Zon Cheras, yang menggabungkan rehabilitasi, aktiviti fizikal dan penglibatan komuniti” katanya lagi.

Beliau menegaskan usaha ini adalah sebahagian daripada pendekatan data-driven DBKL untuk memastikan kemudahan kerajaan bukan sahaja tersedia tetapi benar-benar mudah diakses oleh mereka yang memerlukan.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, hadir pada pengumuman itu dan menekankan kepentingan hospital dalam membantu pesakit pulih serta kembali berdikari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat