TEHRAN: Iran memaklumkan kapal yang tidak dianggap sebagai musuh dibenarkan melalui Selat Hormuz, dengan syarat berkoordinasi terlebih dahulu dengan pihak berkuasa negara itu.
Perkara tersebut dinyatakan menerusi nota rasmi Kementerian Luar Iran kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, kebenaran hanya diberikan kepada kapal yang tidak terlibat atau menyokong sebarang tindakan agresif terhadap Iran, selain perlu mematuhi semua peraturan keselamatan yang ditetapkan.
Sebelum ini, konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel hampir mengganggu aliran kira-kira satu perlima bekalan minyak serta gas asli cecair (LNG) dunia yang melalui laluan strategik berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan global.
Iran turut menegaskan bahawa pihaknya telah mengambil langkah yang perlu dan seimbang bagi mengelakkan laluan itu dieksploitasi oleh pihak tertentu.
Dalam masa sama, Tehran menegaskan bahawa aset milik Amerika Syarikat, Israel serta mana-mana pihak yang terlibat dalam tindakan agresif tidak akan diberikan laluan selamat melalui selat berkenaan.
Baca juga:








