Oleh: Aliyaa Azmi
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Malaysia menggalakkan work-from-home (WFH) untuk penjawat awam sebagai tindak balas kepada krisis tenaga global mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial.
Menurut tinjauan Malaysia Bangkit di aplikasi Thread, ramai yang melihat pendekatan ini sebagai langkah proaktif untuk mengurangkan kos bahan api, mengekalkan produktiviti, dan membantu rakyat menyesuaikan diri dengan kesan krisis tenaga global.
Menurut @haizatul_atirah, WFH merupakan pendekatan proaktif yang dapat membantu rakyat menghadapi kos bahan api yang meningkat.
“Langkah kerajaan galakkan WFH memang tepat. Bukan saja jimat petrol, tapi secara tak langsung kurangkan tekanan trafik dan kos perjalanan.
“Kalau digabung dengan subsidi bersasar, rakyat akan rasa lebih terbela,” tulisnya.
@amirulhakim92 pula melihat WFH sebagai langkah strategik untuk mengekalkan produktiviti sambil mengurangkan tekanan kepada rakyat.
“Ini bukan sekadar kemudahan, tapi strategi bijak untuk pastikan kerja berjalan lancar walaupun situasi global tidak menentu,” katanya.
Ada juga yang berpandangan bahawa pendekatan bersasar kerajaan penting untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, kata @Siti_nur_azira.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Thread menghargai langkah kerajaan yang rasional dan berhemat, dan berpandangan bahawa pendekatan ini membantu memastikan subsidi dan kemudahan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, sambil mengekalkan keseimbangan ekonomi negara.
“Dengan WFH dan subsidi bersasar, kita boleh jimat masa, tenaga dan kos. Kerajaan tunjuk mereka faham realiti rakyat dan bertindak secara rasional,” katanya.
@farhan_iman pula menyeru rakyat bersabar dan menghargai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menangani krisik global ini.
“Kita kena faham dan bersabar. PM tengah buat yang terbaik untuk rakyat dan negara. Bersyukur negara dipimpin oleh pemimpin yang aktif dan prihatin,” tulisnya.
Ada juga netizen yang membandingkan situasi Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand, di mana sesetengah kawasan dilaporkan berlaku berebut minyak akibat kekurangan bekalan.
“Negara lain seperti Thailand dan Filipina sudah lama menggalakkan WFH bagi penjawat awam.
“Kita di Malaysia masih bernasib baik kerana kerajaan ambil langkah awal sebelum situasi krisis tenaga jadi lebih teruk.” Tulis @AinZambri.
Krisis tenaga global kini dipacu ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat, termasuk ketegangan antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat, yang menjejaskan bekalan minyak dan mendorong kenaikan harga dunia.
Langkah kerajaan menggalakkan WFH dan menyelaraskan subsidi bahan api dilihat sebagai respons proaktif untuk meringankan beban rakyat sambil mengekalkan kestabilan ekonomi.
Baca juga:








