MCMC siasat lima individu sebar info palsu kenaikan harga bahan api

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Lima individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel menerusi platform media sosial, Threads kini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menerusi kenyataan media pada Khamis, tiga individu telah dipanggil bagi sesi rakaman percakapan untuk membantu siasatan lanjut.

“Menurut aduan yang diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua suspek berkaitan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel didapati palsu, mengelirukan serta berpotensi menimbulkan kegelisahan kepada pengguna,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Buletin TV3 turut mengeluarkan penafian terhadap kandungan tular yang menggunakan identiti visual mereka.

Susulan itu, MCMC juga telah menerima aduan daripada Buletin TV3 bahawa kandungan palsu yang tular tersebut adalah bukan daripada mereka dan dilakukan oleh pihak ketiga.

Difahamkan, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC kini memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam,” katanya.

“MCMC memaklumkan bahawa pihak Buletin TV3 telah membuat aduan rasmi, menjelaskan bahan tersebut bukan diterbitkan oleh mereka, sebaliknya dimanipulasi oleh pihak ketiga,” katanya.

MCMC berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai turut diingatkan agar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam,” ujarnya.

Terdahulu, MCMC turut menyiasat tiga individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan tarif elektrik di media sosial.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat