Suhu pendingin hawa minimum 24 darjah celsius, Kerajaan perketat penjimatan tenaga

PUTRAJAYA: Kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan, termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius susulan krisis tenaga global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah penjimatan tenaga di peringkat nasional sebagai pendekatan proaktif menangani situasi berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjelaskan, penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan pendingin hawa secara berlebihan.

“Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemah,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global pada Khamis.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif menghadapi krisis tenaga global.

Keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara yang terjejas akibat krisis berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat