Lagi 17 Individu Disiasat Sebar Maklumat Palsu Terkait Tarif Elektrik


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat lagi 17 individu yang disyaki terlibat dalam penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah individu yang disiasat meningkat susulan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan sebelum ini terhadap kes sama.

Menurut MCMC, setakat ini lapan rakaman percakapan telah selesai dijalankan, termasuk lima kes melibatkan hantaran palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api.

“Daripada jumlah itu, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini, manakala dua lagi selesai dirakam semalam,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, terdapat tiga kes berkaitan penyebaran maklumat palsu mengenai tarif elektrik baharu, manakala baki sembilan individu masih dalam pemantauan dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.” Menurut kenyataan itu lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat