BDR dan kawalan tenaga: Rakyat sokong langkah proaktif Kerajaan hadapi krisis global

RATA-rata orang ramai menunjukkan sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan bagi menangani krisil global.

Hal ini susulan langkah proaktif diambil bagi menangani impak krisis tenaga global melalui inisiatif Pemulihan Madani, termasuk perbelanjaan RM4 bilion bagi menampan kos hidup rakyat.

Dalam taklimat khas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa krisis tenaga global semakin parah dan pemulihannya dijangka mengambil masa panjang.

Langkah kerajaan termasuk memastikan harga RON95 kekal RM1.99 seliter, subsidi diesel diteruskan kepada golongan berhak, serta pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) untuk sektor awam bermula 15 April.

Menurut @AminahRahman di aplikasi X, kerajaan kini menunjukkan visi yang jelas untuk memastikan Malaysia terus kekal berdaya tahan menghadapi cabaran semasa

“Langkah kawal harga minyak dan subsidi diesel ni memang tepat untuk rakyat biasa.

“Harap semua pelaksanaan sampai ke golongan yang paling memerlukan.” Tulisnya.

Ada juga yang menyifatkan bahawa MADANI bukan sekadar slogan semata-mata, malah mencerminkan tindakan kerajaan yang proaktif dan responsif menghadapi cabaran semasa.

“Madani bukan sekadar slogan, tapi nampak tindakan.

BDR untuk sektor awam dan kawalan bekalan tenaga menunjukkan kerajaan serius nak tangani krisis secara menyeluruh.

Sebagai pekerja di bandar, saya rasa lega sebab boleh jimat kos dan masih produktif dari rumah.” Luah @FaizalHafiz di Thread.

@SitiNurAzizah pula berkongsi perspektif sebagai usahawan. Menurutnya, kerajaan menunjukkan keprihatinan dengan meneruskan subsidi diesel bagi golongan yang bergantung kepada kenderaan diesel untuk penghantaran barang.

“Pemulihan Madani nampak realistik dan bukan teori semata-mata. Ini boleh bantu kestabilan ekonomi rakyat.” Tulisnya.

Seorang lagi netizen, @HafizZulkifli, menyatakan sokongannya penuh terhadap Pemulihan Madani.

Menurutnya, dengan peruntukan RM4 bilion untuk sokongan rakyat dan langkah kawalan tenaga, inisiatif ini bukan sahaja membantu rakyat pada masa kini, malah memberi impak positif jangka panjang.

“Baru lah kita nampak kerajaan ada strategi, bukan reactive je.” Katanya.

Dalam saat mencabar ini, Anwar menyeru rakyat menghadapi krisis dengan kebijaksanaan, disiplin, dan tanggungjawab bersama.

“Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama,” katanya, sambil menegaskan bahawa kerajaan akan terus memantau pelaksanaan inisiatif bagi memastikan manfaatnya sampai ke semua lapisan rakyat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat