Anwar Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Dr Ling Liong Sik

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Kehadiran beliau mencerminkan penghargaan negara terhadap jasa besar mendiang dalam pembangunan Malaysia.

Dalam kesempatan itu, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada ahli keluarga mendiang serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh yang amat berjasa.

Beliau berkata, sumbangan Tun Dr Ling bukan sahaja kepada MCA, malah kepada negara secara keseluruhan khususnya dalam memajukan sektor pengangkutan.

“Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan mendiang, bukan sahaja kepada parti MCA, malah kepada negara secara keseluruhan khususnya dalam memajukan sektor pengangkutan.

“Dedikasi dan kepimpinan mendiang akan terus dikenang serta menjadi teladan kepada generasi akan datang,” kata Perdana Menteri.

Tun Dr Ling Liong Sik dikenang sebagai seorang pemimpin berwawasan yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem pengangkutan negara, sekali gus membuka jalan kepada kemajuan ekonomi dan sosial Malaysia.

Kehilangan beliau dirasai bukan sahaja oleh keluarga dan rakan seperjuangan tetapi juga oleh rakyat yang pernah menikmati hasil kepimpinan dan dedikasinya.

Anda Mungkin Berminat