Apa kita tak nampak? Analisa di sebalik Malaysia masih tenang

Oleh: Shvkman

ULASAN | Dunia sedang huru-hara. Cerita Iran, USA, Israel Selat Hormuz telah melepasi lebih dari sebulan.

Tapi rakyat Malaysia masih pergi kedai, beli barang, bercuti, hidup macam biasa. Satu soalan besar untuk kita semua, betul ke Malaysia okay atau kita just belum rasa lagi?

*thread ini neutral, tiada agenda politik, tiada pihak yang dipersalahkan dan sekadar analisa je.*

Tapi sebelum kau jawab soalan tu, Kerajaan Malaysia tidak senyap pasal krisis ni. DS Anwar keluarkan kenyataan, kecam pembunuhan Khamenei, serukan gencatan senjata, negotiate dengan Iran, Mesir, Turki, berjaya dapatkan laluan untuk kapal Malaysia melalui Selat Hormuz,

Nampak aktif dan nampak in control, Tapi persoalannya, Apa yang dia tak cakap? Law 3 – Conceal Your Intentions. Sembunyikan apa yang kau rancang, tunjuk hasil dan sorok masalah. Biar orang nampak penyelesaian, bukan kedalaman masalah sebenar. Kerajaan Malaysia buat exactly ni.

Kenapa? Bukan sebab jahat dan bukan sebab nak tipu rakyat. Tapi sebab kalau diorang announce yang harga barang akan naik, baja akan susah dapat, bekalan akan terganggu lepas Mei. Apa akan jadi? ‘Panic buying’, inflasi psikologi dan ketidakstabilan sosial. Rakyat Malaysia sendiri yang akan bikin huru-hara, bukan krisis tu sendiri

Tengok apa yang telah berlaku di Malaysia, Kerajaan umum RON95 bersubsidi RM1.99 masih diteruskan tetapi kuota subsidi RON95 dikurangkan dari 300 liter kepada 200 liter sebulan. Diesel Semenanjung terus menaik sehingga lebih RM6 seliter. Beban subsidi kerajaan dah cecah berbilion. Berita ini sahaja sudah menggelisahkan rakyat untuk berkata-kata. Bayangkan kalau kerajaan dedah semua yang sebenarnya

Tu Law 3 dalam action.

Tunjuk berita baik kepada orang Malaysia, kapal Malaysia dah boleh lalu Selat Hormuz, takde tol, bekalan selamat sehingga Mei.

Sorok berita berat, bekalan lepas Mei masih belum ‘confirmed’ sepenuhnya, lapangan minyak Malaysia makin kurang produktif, hasil petroleum dah merosot hampir separuh.

Naratif dikawal dengan bijak oleh pihak kerajaan. Dan strategi ni ada logiknya. Tengok negara lain yang terlalu awal announce,

Sri Lanka reintroduce fuel rationing, Pakistan isytihar empat hari kerja seminggu, Marshall Islands isytihar 90-day state of economic emergency. Rakyat diorang panik. Rakyat Malaysia pula masih terkawal setakat ni. Ini lah paradox Law 3. ‘Conceal your intentions’ hanya berkesan kalau memang ada plan di sebalik tabir.

Malaysia terlalu lama selesa sebagai pengeksport tenaga. Lapangan minyak makin kurang produktif, hasil bersih petroleum merosot, Petronas dah mula potong kos dan kurangkan pekerja. Senyap bukan strategi kalau arah jangka panjang masih kabur.

Aku tak kata kerajaan silap sebab kawal naratif sebab dalam krisis, stability adalah priority. Tapi rakyat kena sedar yang kerajaan tunjuk semua okay bukan bermakna semua memang okay.

Kadang ia bermakna kerajaan sedang menguruskan sesuatu yang jauh lagi besar dari apa yang kita nampak. Dan itu sepatutnya buat kita lebih berjaga-jaga dan bukan lagi selesa Hari ini Malaysia masih okay. Bekalan minyak selamat sehingga Mei, subsidi masih ada, harga RON95 masih RM1.99.

Tapi…

Okay hari ni dan okay esok adalah dua benda berbeza. Krisis global tak tunggu kau bersedia. Dia datang bila kau paling selesa. Soalan sebenar kepada kita bukan kenapa kerajaan kawal naratif? Soalan yang sebenarnya ialah…

Apa yang kita dah buat untuk bersedia menghadapi musibah yang bakal melanda?  

***Tulisan ini dipetik daripada Threads

Anda Mungkin Berminat