Oleh: Tyah Helmi
SEMAKIN menjadi-jadi, itu yang dirasai majoriti rakyat Malaysia dengan perangai sekumpulan pelarian Rohingnya di media sosial yang merayu agar komuniti mereka diselamatkan dan ia seolah-olah mahu menuntut tanah di negara ini.
Satu video tular di akaun ‘ridtech’ memaparkan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai “Putera dari Rohingya” berbaju Melayu mendakwa mereka berasal dari Selangor selain melaungkan tuntutan supaya nasib mereka diberi perhatian oleh Malaysia dan masyarakat global.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan sebahagian besar komen di atas talian menyuarakan kebimbangan terhadap keberanian segelintir warga Rohingya dalam membuat tuntutan yang dilihat semakin terbuka.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai “friddy.z” berpendapat bahawa pemberian akses kepada pendidikan dan kesihatan atas dasar kemanusiaan berpotensi membawa kepada tuntutan lain oleh Rohingnya pada masa hadapan, termasuk kerakyatan dan penglibatan dalam politik
“Kalau mcm ni gaya, mula-mula kita bagi dia hak pendidikan, kesihatan sebagai tanda kemanusiaan.
“Esok lusa dia akan minta kerakyatan sebab dah duduk di Malaysia selama 4 generasi.
“Lepas tu dia minta nak mengundi dan ada pulak wakil politik.
“Lepas tu diam-diam menjadi menteri dan mahu hak bumiputera sebab dia kata nenek moyang dia mengembara dan jumpa Tanah Melayu pat ratus tahun dulu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, “galaxy dream”, mempersoalkan mengapa komuniti tersebut tidak memperjuangkan hak mereka di negara asal, selain menyentuh isu identiti budaya yang didakwa semakin terhakis.
Dalam pada itu, pengguna lain dikenali sebagai “alisa” pula menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dalam menangani isu berkenaan, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi sosial dan keselamatan.
“Kerajaan kena ambil tindakan yang tegas sebagaimana republik Singapore lakukan, baru rohingnya itu tidak berani.
“Dah lah menumpang, mengemis pastu minta lebih-lebih pula.
“Kamu itu hanya duduk sementara di atas tanah orang lain dan mahu menuntut manfaat yang sama seperti rakyat Malaysia?,” tegasnya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung video tular tersebut.
Baca juga:








