Oleh: Tyah Helmi
SEBUAH hantaran yang mengundang gelak tawa warga atas talian Malaysia menjadi tular apabila satu tadika memuat naik gambar comel yang menunjukkan anak-anak ciliknya sedang berusaha keras membasuh baju.
Aksi kanak-kanak kecil itu ternyata mencuit hati ketika mana setiap hari Jumaat, anak anak tadika di sebuah pusat pembelajaran itu akan diajar tentang asas kehidupan termasuk cara membasuh dan menyidai pakaian.
Lebih menarik lagi, mereka bukan sahaja bergiat aktif mengangkat pakaian dengan semangat, membasuh dan menyidai pakaian.
Menerusi hantaran kandungan di laman Thread Little Clouds pada Jumaat, ada yang sedang bersungguh-sungguh menyidai baju dengan gaya yang menggelikan hati, sambil menunjukkan kecomelan mereka yang naif itu.
“Hari ini cikgu suruh basuh baju pula dah,” katanya.
Tidak ketinggalan juga ada yang masih memakai lampin bayi tetapi sudah pandai menyidai baju di ampaian yang setinggi mereka.

Kebijaksanaan guru-guru tadika ini dalam mengajar murid-murid mereka tentang tanggungjawab asas seperti membasuh pakaian juga mendapat pujian.
Warga atas talian turut tidak ketinggalan memberikan komen-komen humor mereka.
Antaranya, pengguna di laman Thread ezzatizatie yang mengusik,
“Kenapa kerah tenaga anak-anak kecik ni? Bila pula diorang nak lipat baju ya, Makcik nak minta alamat”.
Seorang lagi pengguna, Syazanazmi, menambah,
“Haihh, , saya kalau tahu lah pihak sekolah layan anak-anak saya macam ni…. hari-hari saya datang bawa bakul, tema lipat baju bila pulak tu, cikgu nak tolong kumpul bahan mengajar dari sekarang,” katanya.
Ada juga yang terhibur melihat aksi si kecil yang basah kuyup dek semangat membasuh baju, hingga ada yang begitu menggelikan hati.
“Basuh baju adik, bukan mandi,” ujarnya.
Baca juga:








