ASEAN Aktifkan Dana Kecemasan Hadapi Krisis

KUALA LUMPUR: ASEAN memberi tumpuan kepada pengaktifan semula jaringan keselamatan kewangan serantau sebagai langkah utama menghadapi ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan di Asia Barat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ASEAN ‘Swap Arrangement’ dilihat sebagai mekanisme penting bagi membantu negara anggota berdepan tekanan kewangan dan masalah kecairan.

“Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, langkah seperti ini penting bagi memastikan negara anggota mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 yang berlangsung secara maya pada 10 April lalu.

Menurutnya, walaupun ASEAN mempunyai kawalan terhad terhadap faktor luaran, rantau ini masih mampu mengukuhkan daya tahan dalaman melalui kerjasama lebih rapat antara negara anggota.

“Kita mungkin tidak dapat mengawal ketidaktentuan luar, namun kita boleh memastikan asas ekonomi serantau kekal stabil melalui koordinasi dasar yang lebih berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat berkenaan turut menegaskan komitmen berterusan ASEAN dalam memastikan kestabilan makroekonomi dan sistem kewangan serantau terus terpelihara.

“Pendekatan pragmatik dan konsisten amat penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta memastikan ASEAN kekal sebagai destinasi pelaburan utama,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat