SUNGAI PETANI: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan tidak akan menyediakan perkampungan sukan, sebaliknya atlet akan menerima subsidi penginapan mengikut kontinjen masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA sebagai langkah penjimatan kos penganjuran.

Menurutnya, Selangor selaku tuan rumah telah membentangkan persiapan termasuk lokasi pertandingan, dan memaklumkan tiada perkampungan sukan akan diwujudkan bagi edisi kali ini.
“Setiap atlet akan diberikan subsidi sebanyak RM100 sehari, manakala pengurusan kontinjen negeri akan menguruskan penempatan atlet di lokasi masing-masing,” katanya, memetik berita tempatan pada Sabtu.
Tambahnya, walaupun penganjuran kali ini berskala lebih kecil, ia tidak akan menjejaskan kualiti atlet, acara sukan mahupun kelancaran keseluruhan temasya tersebut.
Baca juga:








