Petronas Nafi Dakwaan Hantar Diesel ke Filipina, Tegaskan Fokus Bekalan Domestik


KUALA LUMPUR: Petronas menafikan sebarang pembabitan dalam laporan media asing yang mendakwa syarikat itu menghantar kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia ke Filipina

Syarikat minyak nasional itu menegaskan bahawa ia tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berhubung pembekalan diesel.

Menurut Petronas, keutamaan utama syarikat adalah memastikan bekalan bahan api dalam negara kekal stabil dan berterusan, melalui kerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan.

Penjelasan tersebut dibuat susulan laporan Agensi Berita Filipina (PNA) yang mendakwa penghantaran diesel berkenaan bertujuan menampung keperluan bahan api Filipina ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan akibat krisis di Asia Barat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat