Selat Hormuz Ditutup Semula Oleh IRGC

TEHRAN: Selat Hormuz sekali lagi ditutup selepas Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa Amerika Syarikat (AS) melanggar syarat gencatan senjata.

Menurut kenyataan IRGC, beberapa kapal masih melalui selat berkenaan sebelum ini, namun pihak AS didakwa gagal menarik balik sekatan tentera laut ke atas kapal dan pelabuhan Iran.

Susulan itu, IRGC berkata, semua pergerakan kapal di Teluk Parsi dan Laut Oman kini adalah dilarang.

“Mana-mana kapal yang melanggar arahan ini akan dianggap sebagai sasaran,” katanya.

IRGC turut memberi amaran bahawa sebarang percubaan menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai tindakan bekerjasama dengan pihak musuh.

Dalam masa sama, pihaknya menasihatkan semua kapal dan pemiliknya supaya hanya merujuk maklumat rasmi daripada Tentera Laut IRGC melalui saluran komunikasi yang ditetapkan.

Selain itu, IRGC menolak sebarang kenyataan daripada Presiden AS berhubung Selat Hormuz dan Teluk Parsi, dengan menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak mempunyai kredibiliti.

Anda Mungkin Berminat