๐’๐ข๐ง๐๐ข๐ค๐ž๐ญ ๐ƒ๐ข๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฎ๐›๐ฌ๐ข๐๐ข ๐“๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ, ๐†๐ฎ๐ง๐š ๐…๐ฅ๐ž๐ž๐ญ ๐‚๐š๐ซ๐ ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฆ

JOHOR BAHRU: Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi menggunakan fleet card berjaya dipatahkan dalam satu serbuan di sebuah premis dipercayai stor haram di Taman Mount Austin, awal pagi semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, operasi kira-kira jam 2.30 pagi itu dilaksanakan hasil risikan selama seminggu oleh kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurut beliau, sindiket berkenaan dikesan mengumpulkan diesel bersubsidi menggunakan beberapa fleet card sebelum memindahkannya ke pusat pengumpulan haram.

โ€œMereka menggunakan fleet card untuk mendapatkan bahan api sebelum dikumpulkan di satu premis tidak sah. Tindakan ini diambil bagi memastikan bekalan diesel terus terjamin untuk rakyat,โ€ katanya.

Dalam serbuan itu, tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia berusia antara 30 hingga 40-an ditahan bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pihak berkuasa turut merampas kira-kira 11,500 liter diesel dianggarkan bernilai RM58,880 serta tambahan 1,200 liter diesel bernilai RM6,144 yang disimpan dalam tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC).

Selain itu, pelbagai peralatan turut disita termasuk lapan keping fleet card, tangki IBC, pam minyak, hos, sebuah tangki treler, kenderaan pacuan empat roda serta empat unit tangki IBC yang mengandungi diesel.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM265,000 dan kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat