Agong Zahir Ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026

KUALA LUMPUR: KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sambil merakamkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Seri Paduka bertitah, peranan JBPM amat penting dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam dan operasi menyelamat, sekali gus menjadi benteng utama keselamatan masyarakat.

Baginda turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen tinggi anggota bomba yang tidak pernah gentar berdepan risiko demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat.

Dalam titah penuh makna, Seri Paduka mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi serta dikurniakan keselamatan sepanjang menjalankan tugas.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Anda Mungkin Berminat