Kapal Kargo Korea Selatan terbakar di Selat Hormuz

ISTANBUL: Sebuah kapal kargo milik Korea Selatan mengalami kebakaran sehingga tercetusnya satu letupan ketika berlayar di Selat Hormuz pada lewat malam Isnin.

Memetik laporan media tempatan, Yonhap Agency, kebakaran itu berjaya dipadamkan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Kata portal itu, insiden itu berlaku ketika kapal jenis “bulk carrier” sedang berlabuh di kawasan berhampiran pesisir di Selat Hormuz itu.

Kebakaran dilaporkan bermula di bilik enjin, dengan kru kapal mengambil masa kira-kira empat jam untuk memadamkan api menggunakan sistem karbon dioksida kapal.

Difahamkan, kesemua 24 anak kapal, terdiri daripada enam warga Korea Selatan dan 18 warga asing, disahkan selamat.

Punca letupan masih dalam siasatan.

Seorang pegawai daripada berkata, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan sama ada insiden berpunca daripada serangan luar atau kegagalan dalaman.

Kapal berkenaan dijangka ditunda ke untuk pemeriksaan lanjut serta penilaian kerosakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar Korea Selatan memaklumkan kebakaran berlaku sekitar jam 8.40 malam waktu Korea di atas kapal berdaftar Panama itu.

Pihak berkuasa kini masih menyiasat punca sebenar letupan dan kebakaran serta tahap kerosakan yang dialami kapal.

Sementara itu, sebanyak 26 kapal berdaftar Korea Selatan dilaporkan masih terkandas di Selat Hormuz.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat