Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh berkata rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan mungkin dibuat sebelum hujung tahun ini.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika menyantuni seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menunggunya bersama pengamal media, selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4, Putrajaya lapor Kosmo!
Kenyataan Perdana Menteri itu dibuat selepas kanak-kanak terbabit, Akmal Afif Yasser Arafat, mengulangi soalan yang diutarakan pengamal media mengenai rombakan Jemaah Menteri.
Terdahulu, Akmal Afif, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Presint 8 (2) bersama lapan rakannya menantikan Anwar untuk mendapatkan tandatangan daripada Perdana Menteri.
Perdana Menteri sebelum itu menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah di surau berkenaan.