KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain menyantuni pesakit serta orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata lawatan itu turut memberi peluang untuk beliau menyapa dan bertanya khabar pesakit serta keluarga mereka.
“Ambil kesempatan tinjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan.
“Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas kesihatan HKL atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan rakyat menerima perkhidmatan kesihatan terbaik.
“Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar, belas ihsan dan pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” katanya.
Baca juga:








