FINAS Ucap Tahniah, Upin & Ipin Rangkul Dua Anugerah Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada produksi Les’ Copaque Production atas kejayaan merangkul dua Anugerah Antarabangsa di Asia Pacific Broadcasting Awards 2026 yang berlangsung di Singapura.

Kejayaan itu dicapai menerusi siri animasi popular Upin & Ipin, sekali lagi membuktikan karya tempatan mampu bersaing di peringkat global.

Di mana, dimenangi menerusi Upin & Ipin Musim 18 (Minyak Sawit : Animation Storytelling) dan Upin & Ipin Musim 19 (Wira Minyak Sawit : Audience Centric Multi-Platform Solutions).

Menurut FINAS, pencapaian itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah menjadi bukti bahawa industri animasi negara terus mendapat pengiktirafan dunia.

“Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan karya animasi tempatan terus mendapat pengiktirafan serta mampu bersaing di peringkat global.” kata FINAS.

Anda Mungkin Berminat